Translate this Blog

Powered By google

.xayenx.

Perasaan aku atau ?

Aku rasa seram sahaja bila menghadap laptop aku sekarang ini.Terasa macam ada yang memerhati dari tepi,belakang dan depan.Sudah-la video klip Linkin Park-Papercut yang aku tonton ada unsur seram.Buat aku terbayang macam-macam dalam benak fikiran.Ades!Ubat dia?Pakai headfon dan dengar lagu kuat-kuat.Haha..Tapi aku rasa semacam.Sudah-la malam Jumaat.Malam yang sering dikaitkan dengan unsur-unsur mistik.Haha..Seram aku sekarang ini tidak boleh dibayangkan.Adrenalin kian memecut laju dalam pembuluh darah aku.Bersedia menghadapi segala kemungkinan.Nak sahaja aku lelapkan mata.Sebab ini kali pertama aku rasa setakut begini.Bukan kantoi macho,tapi perasaan pelik yang aku hadapi amat kuat kali ini.Mungkin perasaan aku atau memang ia?Aku cuba lupakan perasaan itu dengan mendengar lagu-lagu yang rancak dendangan Artic Monkeys.Tetapi,perasaan itu tetap ada.Entah-la.Biar sahaja dengan perasaan itu.Mungkin aku kurang tidur agaknya.Sekarang pun dah pukul 4:44 pagi.Hari Jumaat pun.Otak kurang oksigen,macam-macam-la komplikasi yang terjadi.Halusinasi,gemuruh dan tidak rasional pemikiran.Haha..Mungkin itu yang aku hadapi sekarang.Mainan perasaan.

Kerja atau Enjoy?

Hari ini masuk hari kedua aku menghabiskan masa di rumah dalam tempoh bercuti selama 12 hari sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester 1.Syukur,aku berjaya lulus dalam Practical Exam yang melibatkan kemahiran mengimbas sinar-x dengan anatomi pesakit.Payah jugak!Bayangkan,sebanyak 20 bahagian anggota badan yang perlu diimbas diramalkan keluar dalam praktikal ini tetapi hanya satu sahaja yang perlu dipilih.Gila!Aku bernasib baik sebab aku banyak menghafal dan memahami setiap bahagian anggota badan,jumlah pendedahan sinar-x terhadap sesuatu bahagian,kedudukan pesakit mengikut bahagian badan yang terlibat,peralatan yang diperlukan mengikut bahagian anggota badan terlibat beserta kepantasan melakukan imbasan.Semuanya perlu dilakukan dalam 10 minit dengan melakukan dua posisi imbasan berlainan.Belum lagi peraturan serta kesalahan mandatori yang perlu dielakkan dari gagal dalam praktikal ini.67/72.Itu sahaja skor yang mampu aku capai.Boleh la tahap amatur.Lepas habis praktikal,aku tersenyum sebab aku boleh 'angkat bungkus' balik ke rumah tanpa perlu memikirkan 're-sit' praktikal itu.Cuma tumpu pada peperiksaan yang akan menjelang tiba.Sekarang?Aku nak kerja atau habiskan masa di rumah dengan mengulang kaji disamping buat kerja gila dengan kawan-kawan?60% hati aku menjurus kepada enjoy sahaja.Malas pula nak pergi buat kerja separuh masa.Tak mengapa.Enjoy-la.Selagi ada masa yang terluang untuk aku relaks,aku gunakan sebaik yang mungkin.Selepas cuti ini,aku kena menduduki peperiksaan selama seminggu sebelum sambung bercuti selama seminggu lagi.Dan selepas itu?Berangkat ke Ipoh selama 2 minggu untuk menjalani praktikal sebenar,menghadapi pesakit yang sebenar,imbasan sinar-x yang sebenar dan kehidupan yang sebenar.Haha..Teruk aku kerjakan pesakit yang 'bertuah' itu nanti.Haha..Nasib baik aku ke sana ditemani 2 orang rakan yang sekepala dan akan berjumpa senior-senior aku yang aku kenal sebelum ini.Harap mereka akan memberi tunjuk ajar sebaik-baiknya pada aku nanti.Itu sahaja nukilan aku untuk hari ini.Senorita!

No Hope

Salam.Hari ini tepat pada tarikh 03September2010.Tarikh yang tidak membawa sebarang makna bagiku.Aku kian terasa jasad aku melayang-layang,kepala mula berpinar-pinar,tangan kadang kala menggeletar.Aku sakit ke?Oh!tidak.Tak mungkin.Mungkin aku silap makan atau rutin hidup aku yang tidak teratur kembali?Ingat nak sahaja aku ke klinik,tapi malas pula.Sebab aku jenis malas nak jumpa doktor bukan sebab takut jarum tapi aku dah biasa dengan cara macam ini.Sudah-la.Kehidupan aku seperti biasa,cuma semakin rumit dengan pembelajaran yang kian mencabar minda.Semakin aku nak ikut rentak,semakin perlahan kefahaman aku terhadap subjek yang diajar.Aku hilang tumpuan?Mungkin.Aku tidak minat?Mungkin.Tetapi aku teruskan jua dengan nyawa yang masih panjang kurniaan Allah Yang Maha Pemurah untuk aku terus berjihad menuntut ilmu demi masa depan.Aku tumpang gembira dengan bekas kekasih aku yang sudah kembali berpunya setelah sekian lama solo.Hehe..Congrats Oi!Semoga mereka gembira bersama dan tabah menghadapi kesusahan bersama.Aku?Malas-la.Cukup-la aku mengharap.Malas nak fikir apa-apa lagi.Lebih baik aku tumpu pada pelajaran aku kerana yang itu bakal menjamin masa depan yang cerah bagiku.Biar-la orang kata aku pengecut,cepat putus asa tetapi aku bukan macam itu.Bayangkan,awan dari jauh nampak cantik,indah dan besar.Mendatangkan keinginan kita untuk mengenggam ia seperti gula-gula kapas.Tetapi,bila dah dekat,digenggam hancur,tiada jasad kerana ia hanya-la wap air.Itu-la perumpamaan yang mampu aku garapkan terhadap situasi aku sekarang.Aku tahu,aku tidak akan dapat dia,jadi,baik aku undur diri dan fikir perkara lain yang berfaedah.Aku bukan pungguk rindukan bulan yang menunggu bulan jatuh ke riba tetapi aku manusia.Aku bukan bodoh nak tunggu lama-lama.Menyesal,jadi bodoh,tertekan bukan pilihan aku.Jadi,aku blah.Sekarang,aku cuma nak bergembira dengan rakan-rakan aku yang sentiasa memberi sokongan kewangan,moral dan kegembiraan.Haha..Senang hati.Biar dia bahagia dengan pasangan dia.Aku tidak mahu ambil tahu lagi pasal dia.Jaga diri sendiri sudah.Haha..Tawaran dari UiTm pun tidak sampai lagi.Lama betul.Niat dihati nak keluar sahaja dari kolej itu tapi aku tidak ada pilihan lain selain terus belajar di situ.Tidak mengapa.Sekian sahaja penyampaian cerita yang bertajuk 'No Hope'.Salam.

Sekian lama...

Hari ini..dah masuk bulan ke-4 aku belajar di KPJIC,Nilai,Negeri Sembilan..Macam-macam benda jadi dekat aku..Dan,dah lama aku tidak menulis di halaman nukilan aku ini..Alkisah..aku kenal dengan ramai kawan,ramai bangsa dan budaya.Aku dan dia dah kembali berkawan setelah masing-masing berpisah membawa haluan sendiri.Aku?Payah nak diungkapkan apa yang terbuku dihati aku ini.Aku kenal dengan seorang gadis.Menepati citarasa aku.Lemah lembut,kelakar dan baik orangnya.Best berkawan dengan dia.Tapi,dia dah berpunya.Haiya.Takpe,aku tunggu juga kau solo nanti..haha.Pembelajaran aku masih berjalan macam biasa.Payah nak faham gara-gara penyampaian pembelajaran yang payah nak diterima oleh aku dengan bahasa dia.Pensyarah aku ini dari India.Faham je la bila Bahasa Inggeris dicampur slanga India yang asli.Payah nak 'grab'.Setelah mengharungi peperiksaan,aku dah faham sikit pembelajaran tu.Terpaksa berjaga malam sehingga tidak tidur.Alah bisa tegal biasa,baik aku berjaga menghafal dan memahami nota-nota sehingga waktu sahur.Dan,Jumaat yang lalu menjadi saksi kegembiraan setelah tamat peperiksaan dan pulang menyambut hari lebaran bersama keluarga dan rakan.Akhir sekali,kalau dipanjangkan umur,aku akan menulis lagi.Insyallah.Salam lebaran..Maaf zahir dan batin.

Hidup baru akan Bermula..

"Hidup baru akan Bermula.."..Petikan dari tajuk utama blog kekasihku.Ya,esok akan bermula dengan segala yang baru.Pengalaman hidup yang baru,kawan yang baru,tempat tinggal yang baru.Aku terpaksa hadapi cara hidup yang baru ini selama 3 tahun demi mendapatkan segulung ijazah,harapan orang tuaku,masa depan hidupku.Mungkin lama,tetapi aku akan sesuaikan diriku dengan keadaan yang baru ini.Aku harap aku akan mendapat rakan yang baik dan sekepala dengan aku.Segala keperluan dan kelengkapan sudah aku siapkan.Hanya mengira detik waktu untuk bergerak.Segalanya akan aku tinggalkan."Biasalah,hari pertama.Dah jumpe member,ok la nanti."Itulah yang sering aku dengar dari mulut senior-senior yang sudah melepasi zaman pengajian mereka.Aku harap perkara sedemikian akan benar-benar berlaku.Yeah!Aku akan menerap semangat keluargaku,kekasihku,rakanku dan yang lain agar aku dapat lepasi semua ini.Sudahla,dah beremosi pula aku.Hehe..Ok la.Itu sahaja nukilan terakhir aku sebelum aku bergerak pergi esok hari.Semoga dapat kita berjumpa lagi.Salam sayang buat keluarga dan kekasihku,Khairul Aziatul Amira.Tidak lupa,rakan-rakan pendorong semangat.Selamat Tinggal!

Ekspedisi Rambo of Four ( I )

Ekspedisi Rambo of Four yang dijalankan pada 21-22 Mei 2010 disertai oleh Zikri(Rambo A),Yen(Rambo B),Zumi(Rambo C),dan Fiza(Rambo D).Perjalanan yang dirancang oleh kami bermula setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid PGA,Cheras.Tujuan ekspedisi ini bagi melatih sikap-sikap Roy kami yang ada didalam diri masing-masing.Selain itu,aktiviti ini juga bertujuan mengumpulkan derma untuk En.Ah Tiam & Sons Trading bagi melebarkan lagi kedai beliau dan membelikan basikal baru untuk anaknya yang telah pancit.Haha..Perjalanan bermula tepat jam 1500 setelah kelengkapan disusun atur bagi memudahkan pergerakan kami nanti.Didalam panas terik mentari,kami menyusur laju di jalan raya menuju ke Sg.Congkak.Dalam perjalanan tersebut,kami singgah sebentar di Petronas bagi mengisi angin tayar dan minyak selain mencari jodoh dengan juruwang wanita di stesen minyak tersebut.Kemudian,kami bertolak pergi dengan segala keperluan yang mencukupi bagi menghadapi segala rintangan didalam ekspedisi ini nanti.Dalam perjalanan ke sana,kami telah di'bye-bye' oleh sebuah kereta kancil yang entah kenapa ragamnya begitu.Haha..Tiba-tiba,peluang muncul.Kami pun 'bye-bye' balik kereta tersebut.Haha..Kemudian,tepat jam 1730 kami sampai tepat di tapak perkhemahan di tebing Sg.Congkak yang sering menjadi sebutan ramai itu.Tanpa melengah-lengahkan masa,kami mendirikan khemah dan menyalakan unggun api bagi aktiviti memasak yang akan dijalankan pada malam hari tersebut.Setelah berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan,kami mula menunaikan mandi junub di sungai yang terletak 2 meter dari tapak khemah kami.Haha..Sungguh memuaskan dengan air sungai tersebut yang sangat sejuk sehingga seorang ahli kami terpaksa menahan kesejukan sehingga kekejangan kaki.Haha..Setelah jam 1840,kami mula ke tebing untuk membersihkan diri masing-masing dan menyediakan masakan pada malam tersebut.Setelah berhempas pulas memasak,akhirnya,daging burger,nasi dan 2 ketul ayam seorang menjadi santapan yang disertakan resepi teh tarik Fiza yang diperolehi dari keturunan beliau semenjak sekian lama.Haha..Kemudian,pada jam 2230,keadaan mula tegang berikutan seekor anjing yang merapati aku dari belakang dalam keadaan yang sunyi.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu.Tindakan tepat Zikri yang membaling batu sehingga berapi menakutkan anjing tersebut dari aku yang ingin mencurahkan teh panas yang masih berasap ke anjing tersebut.Kemudian,keadaan mula mendung dimana kilat mula sabung menyabung di kawasan terbabit.Lantas,kami menyediakan diri untuk sebarang rintangan yamg mungkin terpaksa kami tempuhi.Khemah dikunci rapat dengan kelengkapan disimpan.Hanya barang-barang berharga sahaja dibawa bersama disamping pisau rambo dan parang.Kami melepak di tepi tebing sungai yang tinggi dibawah sinaran bulan dan bintang yang jelas di kaki langit.Kemudian setelah keadaan getir yang kami lalui,kami berehat bagi melepaskan penat dan sakit yang dilalui.Fiza yang kemudian mengadu sakit dibelakangnya menambah lagi harapan untuk memendekkan masa perkhemahan yang sepatutnya mengikut perancangan dari 3 hari ke 2 hari sahaja.Tepat jam 0000,kami berehat disamping bersiap siaga menghadapi apa jua kemungkinan.Bunyi orang berjalan di sekitar kawasan kami menambah lagi kerisauan dan lantas kami mengambil keputusan untuk berjaga secara bergilir-gilir.Bunyi lolongan anjing yang kuat menganggu tidur kami.Entah kenapa aku membuka tingkap khemah itu,secara tiba-tiba satu lembaga hitam yang mendekati khemah terus memecut lari.Aku terus mengucap dan menyumpah seranah dalam keadaan yang gelap.Rakan-rakanku yang lain terus bangun dan menjenguk keadaan yang mencemaskan itu.Berbekalkan lampu telefon bimbit,aku mengesyaki yang itu hanyalah kucing hitam dari sinar matanya yang memantul.Aku kembali berehat bagi menghadapi hari esok.Tepat jam 0630,aku bangun setelah dibangunkan oleh jam loceng telefonku dan rakanku,Zikri.Keadaan pagi itu amat mendung berikutan hujan yang mulai turun.Aku dan Zikri keluar berjalan-jalan menghirup udara segar pagi itu.Hanya berpakaian sweater dan seluar pendek,kami meredah pagi tersebut bagi meninjau keadaan sekeliling.Tiba-tiba,hujan mulai turun pada 0740 dan kami pulang ke khemah setelah diberitahu air mulai masuk ke khemah.Kedua-dua khemah yang didirikan mula dimasuki air.Semua barang-barang dan kelengkapan dikeluarkan bagi mengelak dari basah.Kami hanya mampu menunggu hujan berhenti dan air sungai mula meningkat naik.Setelah hujan berhenti dalam 2 jam kemudian,kami mula memunggah kelengkapan dan memasak berikutan kami semua lapar dan penat.Zikri,Zumi dan Fiza memasak manakala aku membersihkan khemah yang basah.Kemudian,setelah mengisi perut,sungai yang masih deras dan ganas menjadi 'taman permainan' kami.Kemudian,segala kelengkapan disimpan dan tepat jam 1100 kami mula bertolak balik ke rumah masing-masing.Itulah sahaja kupasan dari ekspedisi kami.Sekian.

Sakit badan Le...

Hari ini dalam sejarah.Haha..mana ada aku buat segmen ni.Aku masih menunggu tarikh 29hb.Mei ini untuk melanjutkan pelajaran di PNC,Nilai.Hari ini badan aku sengal-sengal akibat bermain badminton malam semalam.Habis sakit otot aku akibat tidak memanaskan badan semalam.Saja aku nak main badminton sebab nak habiskan masa dengan rakan-rakan-ku tambahan lagi sekarang demam Piala Thomas.Haha..lama betul aku tak 'update' blog ini.Sebab tidak ada idea-kot?10 Mei yang lalu,ada segelintir rakan-rakan-ku yang menyambung pelajaran ke tingkatan enam.Seronok pula tengok mereka.Masuk sekolah balik,jumpa cikgu-cikgu,rakan-rakan dan makcik kantin.Haha..Kerja lama aku?aku masih ingat kenangan di tempat kerja aku itu.Mana boleh lupa setelah sekian lama aku menghabiskan masa mencari sesuap nasi dan meraih pengalaman berguna.Rabu lepas,pengurus@rakan aku ajak keluar.Dia bosan duduk rumah sebab dia cuti hari itu,lalu dia ajak aku jalan-jalan.Rumah dekat senang la cerita.Haha..awek aku?dia dah keliru.KPTM atau Kolej Komuniti?Haha..aku harap dia memilih keputusan yang terbaik bagi dirinya agar tidak merana dimasa depan.Apa keputusan yang dia buat,aku sokong 100% peratus.Hehe..akhir aku sekali,aku sayang dan cintakan dia.-)..Semoga,kehidupan aku akan lebih baik dengan sokongan keluargaku,sayangku dan rakan-rakanku untuk aku meneruskan pelajaran nanti.Amin!