Translate this Blog

Powered By google

.xayenx.

Peristiwa pahit berulang kembali

Hari ini genaplah 6 hari pemergian arwah nenekku.Sehari sahaja lagi seminggu sudah kepulangannya disisi Allah Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.Aku tidak menyangka yang pertemuan kami sesingkat ini.Dari usiaku 5 bulan,dia yang mengasuh aku tatkala ibubapaku keluar mencari sesuap nasi.Dari kecil hingga besar,aku tidak pernah melupai dia kerana dia sahajalah tempat aku meneguk kasih dan rindu selepas kedua ibubapaku.Masih teringat lagi,tatkala dia mengunyah sirih,aku tanpa segan silu akan meminta sedikit serdak buah pinang yang digobek.Itulah kerja aku kalau dia sibuk menyediakan 'juadahnya'.Baru-baru ini,aku telah pulang ke kampung bagi menziarahinya setelah sekian lama tidak bersua.Pada malam kepulanganku,mak aku menyuruh aku mengurut kakinya yang bengkak kerana penyakit Gout.Aku dapat merasakan kakinya keras seperti tanah yang dikepal-kepalkan.Di dalam hatiku kian diterjah pelbagai persoalan.Adakh itu tanda dia akan pergi meninggalkan alam fana?Aku cuba melenyapkan persoalan itu dengan hati yang keliru.Keesokannya,aku akan berangkat pulang seorang diri ke Kuala Lumpur bagi menyambung pekerjaanku.Hari itu juga dia dimasukkan ke hospital setelah pemeriksaan yang menunjukkan keadaan dirinya yang kian kritikal.Namun,mengikut makku,nenekku kian berselera semenjak dua tiga hari setelah dimasukkan ke hospital.Mengikut buku ilmiah yang aku baca,itulah tanda yang akan ditonjolkan oleh simati dalam 7 hari sebelum kematiannya.Aku menjadi resah.3 hari kemudian,dia dibenarkan pulang ke rumah setelah menunjukkan keadaan yang bertambah baik.Tiba-tiba,esoknya dia dikejarkan ke hospital kerana kekurangan gula dalam badannya.Aku mulai risau kerana keadaannya yang koma di wad ICU Hospital Sultan Abdul Halim,Sg.Petani.Aku mengambil kata putus untuk bercuti bagi melawat nenekku bersama ahli keluargaku.Pada 24 Mac yang lalu,aku telah sampai ke kampung dan terus melawatnya.Dia dapat membuka matanya dan aku terlihat satu lagi tanda kematianya iaitu matanya yang tidak lagi berkilauan.Telinga serta hidungnya kian kucup layu.Aku pasrah kerana aku tahu,dia tidak lama di dunia ini.Aku cuba membisikkan kalimah syahadah di telinganya sebagai peringatan baginya.Aku menyiapkan diriku bagi menerima segala takdir Allah S.W.T.Keesokan harinya,pada petang itu,emakku menjaga nenekku yang koma di wad tersebut.Entah kenapa sepupu aku beria-ria hendak melawat neneknya.Kami lantas bergerak sejurus Asar dan didalam pertengahan jalan ke hospital,kami mendapat berita bahawa nenekku telah pergi buat selamanya.Perasaan sayu dan sedih menyelubungi kami tatkala itu.Sejurus sampai,aku bergegas ke wad nenekku dan dari jauh aku dapat melihat sekujur tubuh yang terkiam elok.Aku terasa hiba dan sedih.Aku usap kakinya dan masih terasa panas badannya.Akhirnya firasatku selama ini menjadi nyata.Aku tidak mampu mengalirkan air mata kerana terlampau sedih dengan pemergiannya.Pada petang itu,aku telah mengiringi jenazahnya bersama sepupuku di dalam van jenazah.Aku hanya dapat merasa hiba dan sedih dalam keheningan petang itu.
Pada 26 Mac,tepat jam 10.45 pagi,setelah dimandi dan dikapankan,jenazah insan yang amat aku sayangi telah selamat dikebumikan.Kini,aku hanya dapat menatap gambarnya dan mengimbas kembali kenangan bersamanya.Semoga,Allah mencucuri rahmat atas roh beliau.Al-Fatihah.



Dalam Kenangan
Allahyarhamah Zawiyah Bt.Husin.
1934-2010

Asam garam kehidupan

Sudah lama aku tidak menulis di blogku ini.Akhirnya,kesibukan bekerja tidak dapat menghalang aku dari menulis walaupun hanya seketika cuma.Setelah 2 bulan bekerja,aku terasa agak kepenatan,mungkin dari gaya hidupku yang dah berubah kerana komitmen terhadap kerjaya.Pelbagai kisah dan ragam yang aku lalui sepanjang 2 bulan ini,kisah suka mahupun duka.Kehidupan aku sekarang telah mematangkan pemikiran aku walaupun kadang-kadang aku bertindak macam budak darjah 1.Namun,pengalaman yang aku lalui amat berguna bagi menghadapi kehidupan yang lebih mencabar kelak.Setelah melalui peperiksaan SPM yang lalu,akhirnya keputusan yang aku tunggu-tunggu selama ini telah diumumkan.Aku berjaya mencapai 8 kredit,1 lulus dan 1 gagal.Hampeh!Tetapi,itu tidak mematahkan semangat aku,kerana aku tetap akan berjaya sepertimana orang lain.Dari sini,aku telah merancang haluan hidupku dengan sebaik-baiknya agar aku tidak menyesal di kemudian hari.Insyallah,semoga apa yang aku inginkan akan tercapai dengan keredhaan Allah S.W.T.
Amin.