Translate this Blog

Powered By google

.xayenx.

Perasaan aku atau ?

Aku rasa seram sahaja bila menghadap laptop aku sekarang ini.Terasa macam ada yang memerhati dari tepi,belakang dan depan.Sudah-la video klip Linkin Park-Papercut yang aku tonton ada unsur seram.Buat aku terbayang macam-macam dalam benak fikiran.Ades!Ubat dia?Pakai headfon dan dengar lagu kuat-kuat.Haha..Tapi aku rasa semacam.Sudah-la malam Jumaat.Malam yang sering dikaitkan dengan unsur-unsur mistik.Haha..Seram aku sekarang ini tidak boleh dibayangkan.Adrenalin kian memecut laju dalam pembuluh darah aku.Bersedia menghadapi segala kemungkinan.Nak sahaja aku lelapkan mata.Sebab ini kali pertama aku rasa setakut begini.Bukan kantoi macho,tapi perasaan pelik yang aku hadapi amat kuat kali ini.Mungkin perasaan aku atau memang ia?Aku cuba lupakan perasaan itu dengan mendengar lagu-lagu yang rancak dendangan Artic Monkeys.Tetapi,perasaan itu tetap ada.Entah-la.Biar sahaja dengan perasaan itu.Mungkin aku kurang tidur agaknya.Sekarang pun dah pukul 4:44 pagi.Hari Jumaat pun.Otak kurang oksigen,macam-macam-la komplikasi yang terjadi.Halusinasi,gemuruh dan tidak rasional pemikiran.Haha..Mungkin itu yang aku hadapi sekarang.Mainan perasaan.

Kerja atau Enjoy?

Hari ini masuk hari kedua aku menghabiskan masa di rumah dalam tempoh bercuti selama 12 hari sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester 1.Syukur,aku berjaya lulus dalam Practical Exam yang melibatkan kemahiran mengimbas sinar-x dengan anatomi pesakit.Payah jugak!Bayangkan,sebanyak 20 bahagian anggota badan yang perlu diimbas diramalkan keluar dalam praktikal ini tetapi hanya satu sahaja yang perlu dipilih.Gila!Aku bernasib baik sebab aku banyak menghafal dan memahami setiap bahagian anggota badan,jumlah pendedahan sinar-x terhadap sesuatu bahagian,kedudukan pesakit mengikut bahagian badan yang terlibat,peralatan yang diperlukan mengikut bahagian anggota badan terlibat beserta kepantasan melakukan imbasan.Semuanya perlu dilakukan dalam 10 minit dengan melakukan dua posisi imbasan berlainan.Belum lagi peraturan serta kesalahan mandatori yang perlu dielakkan dari gagal dalam praktikal ini.67/72.Itu sahaja skor yang mampu aku capai.Boleh la tahap amatur.Lepas habis praktikal,aku tersenyum sebab aku boleh 'angkat bungkus' balik ke rumah tanpa perlu memikirkan 're-sit' praktikal itu.Cuma tumpu pada peperiksaan yang akan menjelang tiba.Sekarang?Aku nak kerja atau habiskan masa di rumah dengan mengulang kaji disamping buat kerja gila dengan kawan-kawan?60% hati aku menjurus kepada enjoy sahaja.Malas pula nak pergi buat kerja separuh masa.Tak mengapa.Enjoy-la.Selagi ada masa yang terluang untuk aku relaks,aku gunakan sebaik yang mungkin.Selepas cuti ini,aku kena menduduki peperiksaan selama seminggu sebelum sambung bercuti selama seminggu lagi.Dan selepas itu?Berangkat ke Ipoh selama 2 minggu untuk menjalani praktikal sebenar,menghadapi pesakit yang sebenar,imbasan sinar-x yang sebenar dan kehidupan yang sebenar.Haha..Teruk aku kerjakan pesakit yang 'bertuah' itu nanti.Haha..Nasib baik aku ke sana ditemani 2 orang rakan yang sekepala dan akan berjumpa senior-senior aku yang aku kenal sebelum ini.Harap mereka akan memberi tunjuk ajar sebaik-baiknya pada aku nanti.Itu sahaja nukilan aku untuk hari ini.Senorita!

No Hope

Salam.Hari ini tepat pada tarikh 03September2010.Tarikh yang tidak membawa sebarang makna bagiku.Aku kian terasa jasad aku melayang-layang,kepala mula berpinar-pinar,tangan kadang kala menggeletar.Aku sakit ke?Oh!tidak.Tak mungkin.Mungkin aku silap makan atau rutin hidup aku yang tidak teratur kembali?Ingat nak sahaja aku ke klinik,tapi malas pula.Sebab aku jenis malas nak jumpa doktor bukan sebab takut jarum tapi aku dah biasa dengan cara macam ini.Sudah-la.Kehidupan aku seperti biasa,cuma semakin rumit dengan pembelajaran yang kian mencabar minda.Semakin aku nak ikut rentak,semakin perlahan kefahaman aku terhadap subjek yang diajar.Aku hilang tumpuan?Mungkin.Aku tidak minat?Mungkin.Tetapi aku teruskan jua dengan nyawa yang masih panjang kurniaan Allah Yang Maha Pemurah untuk aku terus berjihad menuntut ilmu demi masa depan.Aku tumpang gembira dengan bekas kekasih aku yang sudah kembali berpunya setelah sekian lama solo.Hehe..Congrats Oi!Semoga mereka gembira bersama dan tabah menghadapi kesusahan bersama.Aku?Malas-la.Cukup-la aku mengharap.Malas nak fikir apa-apa lagi.Lebih baik aku tumpu pada pelajaran aku kerana yang itu bakal menjamin masa depan yang cerah bagiku.Biar-la orang kata aku pengecut,cepat putus asa tetapi aku bukan macam itu.Bayangkan,awan dari jauh nampak cantik,indah dan besar.Mendatangkan keinginan kita untuk mengenggam ia seperti gula-gula kapas.Tetapi,bila dah dekat,digenggam hancur,tiada jasad kerana ia hanya-la wap air.Itu-la perumpamaan yang mampu aku garapkan terhadap situasi aku sekarang.Aku tahu,aku tidak akan dapat dia,jadi,baik aku undur diri dan fikir perkara lain yang berfaedah.Aku bukan pungguk rindukan bulan yang menunggu bulan jatuh ke riba tetapi aku manusia.Aku bukan bodoh nak tunggu lama-lama.Menyesal,jadi bodoh,tertekan bukan pilihan aku.Jadi,aku blah.Sekarang,aku cuma nak bergembira dengan rakan-rakan aku yang sentiasa memberi sokongan kewangan,moral dan kegembiraan.Haha..Senang hati.Biar dia bahagia dengan pasangan dia.Aku tidak mahu ambil tahu lagi pasal dia.Jaga diri sendiri sudah.Haha..Tawaran dari UiTm pun tidak sampai lagi.Lama betul.Niat dihati nak keluar sahaja dari kolej itu tapi aku tidak ada pilihan lain selain terus belajar di situ.Tidak mengapa.Sekian sahaja penyampaian cerita yang bertajuk 'No Hope'.Salam.

Sekian lama...

Hari ini..dah masuk bulan ke-4 aku belajar di KPJIC,Nilai,Negeri Sembilan..Macam-macam benda jadi dekat aku..Dan,dah lama aku tidak menulis di halaman nukilan aku ini..Alkisah..aku kenal dengan ramai kawan,ramai bangsa dan budaya.Aku dan dia dah kembali berkawan setelah masing-masing berpisah membawa haluan sendiri.Aku?Payah nak diungkapkan apa yang terbuku dihati aku ini.Aku kenal dengan seorang gadis.Menepati citarasa aku.Lemah lembut,kelakar dan baik orangnya.Best berkawan dengan dia.Tapi,dia dah berpunya.Haiya.Takpe,aku tunggu juga kau solo nanti..haha.Pembelajaran aku masih berjalan macam biasa.Payah nak faham gara-gara penyampaian pembelajaran yang payah nak diterima oleh aku dengan bahasa dia.Pensyarah aku ini dari India.Faham je la bila Bahasa Inggeris dicampur slanga India yang asli.Payah nak 'grab'.Setelah mengharungi peperiksaan,aku dah faham sikit pembelajaran tu.Terpaksa berjaga malam sehingga tidak tidur.Alah bisa tegal biasa,baik aku berjaga menghafal dan memahami nota-nota sehingga waktu sahur.Dan,Jumaat yang lalu menjadi saksi kegembiraan setelah tamat peperiksaan dan pulang menyambut hari lebaran bersama keluarga dan rakan.Akhir sekali,kalau dipanjangkan umur,aku akan menulis lagi.Insyallah.Salam lebaran..Maaf zahir dan batin.

Hidup baru akan Bermula..

"Hidup baru akan Bermula.."..Petikan dari tajuk utama blog kekasihku.Ya,esok akan bermula dengan segala yang baru.Pengalaman hidup yang baru,kawan yang baru,tempat tinggal yang baru.Aku terpaksa hadapi cara hidup yang baru ini selama 3 tahun demi mendapatkan segulung ijazah,harapan orang tuaku,masa depan hidupku.Mungkin lama,tetapi aku akan sesuaikan diriku dengan keadaan yang baru ini.Aku harap aku akan mendapat rakan yang baik dan sekepala dengan aku.Segala keperluan dan kelengkapan sudah aku siapkan.Hanya mengira detik waktu untuk bergerak.Segalanya akan aku tinggalkan."Biasalah,hari pertama.Dah jumpe member,ok la nanti."Itulah yang sering aku dengar dari mulut senior-senior yang sudah melepasi zaman pengajian mereka.Aku harap perkara sedemikian akan benar-benar berlaku.Yeah!Aku akan menerap semangat keluargaku,kekasihku,rakanku dan yang lain agar aku dapat lepasi semua ini.Sudahla,dah beremosi pula aku.Hehe..Ok la.Itu sahaja nukilan terakhir aku sebelum aku bergerak pergi esok hari.Semoga dapat kita berjumpa lagi.Salam sayang buat keluarga dan kekasihku,Khairul Aziatul Amira.Tidak lupa,rakan-rakan pendorong semangat.Selamat Tinggal!

Ekspedisi Rambo of Four ( I )

Ekspedisi Rambo of Four yang dijalankan pada 21-22 Mei 2010 disertai oleh Zikri(Rambo A),Yen(Rambo B),Zumi(Rambo C),dan Fiza(Rambo D).Perjalanan yang dirancang oleh kami bermula setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid PGA,Cheras.Tujuan ekspedisi ini bagi melatih sikap-sikap Roy kami yang ada didalam diri masing-masing.Selain itu,aktiviti ini juga bertujuan mengumpulkan derma untuk En.Ah Tiam & Sons Trading bagi melebarkan lagi kedai beliau dan membelikan basikal baru untuk anaknya yang telah pancit.Haha..Perjalanan bermula tepat jam 1500 setelah kelengkapan disusun atur bagi memudahkan pergerakan kami nanti.Didalam panas terik mentari,kami menyusur laju di jalan raya menuju ke Sg.Congkak.Dalam perjalanan tersebut,kami singgah sebentar di Petronas bagi mengisi angin tayar dan minyak selain mencari jodoh dengan juruwang wanita di stesen minyak tersebut.Kemudian,kami bertolak pergi dengan segala keperluan yang mencukupi bagi menghadapi segala rintangan didalam ekspedisi ini nanti.Dalam perjalanan ke sana,kami telah di'bye-bye' oleh sebuah kereta kancil yang entah kenapa ragamnya begitu.Haha..Tiba-tiba,peluang muncul.Kami pun 'bye-bye' balik kereta tersebut.Haha..Kemudian,tepat jam 1730 kami sampai tepat di tapak perkhemahan di tebing Sg.Congkak yang sering menjadi sebutan ramai itu.Tanpa melengah-lengahkan masa,kami mendirikan khemah dan menyalakan unggun api bagi aktiviti memasak yang akan dijalankan pada malam hari tersebut.Setelah berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan,kami mula menunaikan mandi junub di sungai yang terletak 2 meter dari tapak khemah kami.Haha..Sungguh memuaskan dengan air sungai tersebut yang sangat sejuk sehingga seorang ahli kami terpaksa menahan kesejukan sehingga kekejangan kaki.Haha..Setelah jam 1840,kami mula ke tebing untuk membersihkan diri masing-masing dan menyediakan masakan pada malam tersebut.Setelah berhempas pulas memasak,akhirnya,daging burger,nasi dan 2 ketul ayam seorang menjadi santapan yang disertakan resepi teh tarik Fiza yang diperolehi dari keturunan beliau semenjak sekian lama.Haha..Kemudian,pada jam 2230,keadaan mula tegang berikutan seekor anjing yang merapati aku dari belakang dalam keadaan yang sunyi.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu.Tindakan tepat Zikri yang membaling batu sehingga berapi menakutkan anjing tersebut dari aku yang ingin mencurahkan teh panas yang masih berasap ke anjing tersebut.Kemudian,keadaan mula mendung dimana kilat mula sabung menyabung di kawasan terbabit.Lantas,kami menyediakan diri untuk sebarang rintangan yamg mungkin terpaksa kami tempuhi.Khemah dikunci rapat dengan kelengkapan disimpan.Hanya barang-barang berharga sahaja dibawa bersama disamping pisau rambo dan parang.Kami melepak di tepi tebing sungai yang tinggi dibawah sinaran bulan dan bintang yang jelas di kaki langit.Kemudian setelah keadaan getir yang kami lalui,kami berehat bagi melepaskan penat dan sakit yang dilalui.Fiza yang kemudian mengadu sakit dibelakangnya menambah lagi harapan untuk memendekkan masa perkhemahan yang sepatutnya mengikut perancangan dari 3 hari ke 2 hari sahaja.Tepat jam 0000,kami berehat disamping bersiap siaga menghadapi apa jua kemungkinan.Bunyi orang berjalan di sekitar kawasan kami menambah lagi kerisauan dan lantas kami mengambil keputusan untuk berjaga secara bergilir-gilir.Bunyi lolongan anjing yang kuat menganggu tidur kami.Entah kenapa aku membuka tingkap khemah itu,secara tiba-tiba satu lembaga hitam yang mendekati khemah terus memecut lari.Aku terus mengucap dan menyumpah seranah dalam keadaan yang gelap.Rakan-rakanku yang lain terus bangun dan menjenguk keadaan yang mencemaskan itu.Berbekalkan lampu telefon bimbit,aku mengesyaki yang itu hanyalah kucing hitam dari sinar matanya yang memantul.Aku kembali berehat bagi menghadapi hari esok.Tepat jam 0630,aku bangun setelah dibangunkan oleh jam loceng telefonku dan rakanku,Zikri.Keadaan pagi itu amat mendung berikutan hujan yang mulai turun.Aku dan Zikri keluar berjalan-jalan menghirup udara segar pagi itu.Hanya berpakaian sweater dan seluar pendek,kami meredah pagi tersebut bagi meninjau keadaan sekeliling.Tiba-tiba,hujan mulai turun pada 0740 dan kami pulang ke khemah setelah diberitahu air mulai masuk ke khemah.Kedua-dua khemah yang didirikan mula dimasuki air.Semua barang-barang dan kelengkapan dikeluarkan bagi mengelak dari basah.Kami hanya mampu menunggu hujan berhenti dan air sungai mula meningkat naik.Setelah hujan berhenti dalam 2 jam kemudian,kami mula memunggah kelengkapan dan memasak berikutan kami semua lapar dan penat.Zikri,Zumi dan Fiza memasak manakala aku membersihkan khemah yang basah.Kemudian,setelah mengisi perut,sungai yang masih deras dan ganas menjadi 'taman permainan' kami.Kemudian,segala kelengkapan disimpan dan tepat jam 1100 kami mula bertolak balik ke rumah masing-masing.Itulah sahaja kupasan dari ekspedisi kami.Sekian.

Sakit badan Le...

Hari ini dalam sejarah.Haha..mana ada aku buat segmen ni.Aku masih menunggu tarikh 29hb.Mei ini untuk melanjutkan pelajaran di PNC,Nilai.Hari ini badan aku sengal-sengal akibat bermain badminton malam semalam.Habis sakit otot aku akibat tidak memanaskan badan semalam.Saja aku nak main badminton sebab nak habiskan masa dengan rakan-rakan-ku tambahan lagi sekarang demam Piala Thomas.Haha..lama betul aku tak 'update' blog ini.Sebab tidak ada idea-kot?10 Mei yang lalu,ada segelintir rakan-rakan-ku yang menyambung pelajaran ke tingkatan enam.Seronok pula tengok mereka.Masuk sekolah balik,jumpa cikgu-cikgu,rakan-rakan dan makcik kantin.Haha..Kerja lama aku?aku masih ingat kenangan di tempat kerja aku itu.Mana boleh lupa setelah sekian lama aku menghabiskan masa mencari sesuap nasi dan meraih pengalaman berguna.Rabu lepas,pengurus@rakan aku ajak keluar.Dia bosan duduk rumah sebab dia cuti hari itu,lalu dia ajak aku jalan-jalan.Rumah dekat senang la cerita.Haha..awek aku?dia dah keliru.KPTM atau Kolej Komuniti?Haha..aku harap dia memilih keputusan yang terbaik bagi dirinya agar tidak merana dimasa depan.Apa keputusan yang dia buat,aku sokong 100% peratus.Hehe..akhir aku sekali,aku sayang dan cintakan dia.-)..Semoga,kehidupan aku akan lebih baik dengan sokongan keluargaku,sayangku dan rakan-rakanku untuk aku meneruskan pelajaran nanti.Amin!

Hari pertama bergelar ex-staff

Boring.Itu yang boleh aku cakapkan.Sepanjang hari aku keluar,dari pagi sampai malam.Bosan masih membelenggu diriku.Haha..Aku rasa macam ada sesuatu benda yang belum aku siapkan.Haha..aku pun tidak tahu.Buat masa sekarang,mungkin rumah tempat aku bertapa sekarang sebelum aku naik ke tahap tertinggi jurus aku belajar pada 29hb.Mei nanti.Haha..Sedih pun ada bila bergelar ex-staff.Mana tidaknya,selama ini aku bekerja dengan macam-macam orang,macam-macam keadaan dan pengalaman.Tiba-tiba aku tinggalkan semua itu.Rasa macam hilang sesuatu.Tambah sedih lagi,ketika aku nak 'punch' kad kerja itu.Adehh..sedih gila tengok kawan sekerja mengucapkan selamat tinggal.Haha..Tapi tak mengapa,nanti aku datang balik tempat itu.Tapi bukan sebagai staf lagi.Terima kasih aku ucapkan kepada semua staf Sushi King yang memberi kerjasama semasa aku bekerja dan meraih pengalaman yang berguna.Semoga,Sushi King terus gah sebagai peneraju restoran sushi terbesar di Malaysia.Arigato Gozaimasu!

Freedom!

30 April 2010.Tarikh yang sentiasa aku nantikan.Bukan nak sambut hari jadi,tapi hari terakhir aku bekerja.Haha..Dah 3 bulan aku memerah keringat dan akhirnya,kebebasan kian menjelma.Keputusan yang aku ambil ini muktamad setelah aku fikir sedalam-dalamnya berikutan keputusan ke kolej PNC tersebut menyatakan aku layak untuk menyambung pelajaran aku ke sana.Jadi,aku nak berehat selama yang mungkin sebelum otak geliga aku ini dipaksa bekerja keras memasukkan memori pembelajaran kelak.Aku nak enjoy puas-puas sebelum aku kempunan dekat sana nanti.Hehe..pesanan yang awek aku berikan sebelum aku pergi,.."kalau jmpe nurse 2 nak cuci mata 2 cuci r..tp jgn lupa nurse disini lg chomell dari sana haha.."..Tau takut kalau aku sangkut dengan awek sana.Haha..Don't worry-lah.Jadi,itu sahaja yang aku boleh cerita setakat ini sebab aku tengah sibuk 'countdown' tarikh berhenti.Hehe..ok..Gracias!

Serba Tidak Kena..

Haha..macam-macam aku kena hari ini.Dari bangun pagi sampai balik rumah..Hari ini entah macam mana aku boleh bangun lambat sebab shif aku pukul 12 p.m. tapi aku bangun 11 a.m..Mana sempat nak sampai tempat kerja?Haha..Nak tak nak,aku bersiap la macam biasa janji 8 jam waktu bekerja aku dapat dihabiskan.Nak naik bas dah satu hal,lambat pula tu.Boleh la pula aku silap ambik bas yang menuju ke arah Stadium Merdeka sedangkan aku sepatutnya naik bas ke Pasar Seni.Tapi nasib baik aku dah jangkakan perkara tersebut.Aku turun betul-betul dihadapan Stesen Monorel Maharajalela.Dah makan masa pula nak tunggu monorel ni.Haha..Aku cukup yakin untuk turun di Stesen Hang Tuah sedangkan tempat kerja aku dekat dengan stesen monorel Bukit Bintang.Bingai,dah la masa Sembahyang Jumaat pula tu..Hampeh buat malu muka tidak pergi sembahyang.Nak kena pula-la aku berjalan kaki ke tempat kerja 'idaman' aku tu.Haha..nasib baik masa tempat kerja aku keadaan sangat menyenangkan.Tak sesibuk macam semalam angkara Promosi RM2 Bonanza tu.Mungkin pelanggan dah muak sampai mati tersedak wasabi dekat rumah kot?Haha..Masa balik pula,dah dapat balik awal tapi bas lagi buat hal.Tengah sedap mengelamun masa berjalan kaki,baik punya bas RapidKL U40 meluncur laju dihadapan aku.Aduss,melepas lagi la bas awal aku.Aduss..Nak lari kejar bas, nanti ramai orang dekat bustop ingat aku kejar peragut pula.Lantak ko la,bas lambat pun jadi la.Asalkan aku dapat balik rumah.Haha..memang kurang menjadi la nasib aku hari ini.Tapi tak mengapa,asalkan aku balik awal dari biasa sudah cukup seronok.Tapi,dia dihatiku amat mengembirakan hidupku.Haha..macam budak-budak dia ni.Tapi aku cukup seronok dengan dia.Akhirnya,bila dia ada,barulah semua serba kena.Ma-seh sayang!Love u!

Sakit..

Nampaknya aku dah mula penyakit baru pula.Batuk-batuk.Aduss.Dah la gatal kerongkong,kalau dilayan batuk ni memang sedap dan perit.Silap haribulan aku leh screamo macam The Padangs.Haha..Hari ini,events paling aku takut sekali dalam kerjaya aku,RM2 Bonanza.Dah macam Robotcop dah tadi aku punya kerja.Pelanggan tiba-tiba melaut datang macam tsunami dan aku pun melakukan tugas dengan pantas.Nasib la aku sikit pun tidak semput gara-gara latihan rejim keras pasukan pengakap aku dulu.Haha..dah macam komando.Terpaksa-lah aku tahan selama 3 hari lagi semasa promosi ini.Janji duit OT aku jalan tanpa halangan ke akaun bank aku.Haha..Tentang dia,perhubungan aku dengan berjalan lancar tanpa masalah.Mungkin kerana tolenrasi antara kami berdua dan persefahaman yang dibina.Hehe..aku harap dia akan terus mencintai seperti aku mencintai dia.Sekian.

Hari ini dalam hidupku

Hidupku masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang halangan.Cuma satu masalah sahaja yang masih membelenggu diriku.Nak ke kolej PNC atau ke UTM?Kedua-duanya berlainan bidang bagai langit dan bumi.Perubatan atau arkitek?Arghhh..Mak aku tetap dengan pendirian untuk memaksa aku mendaftar ke PNC tu.Tapi aku lebih suka jika aku menlanjutkan pelajaran aku ke UTM.Sebab aku tidak mahu menyusahkan sesiapa dari segi wang mahupun emosi.Haha..Lagi satu,aku lebih suka dengan bidang perancangan bandar kerana aku mungkin dapat membangunkan sebuah bandar bestari seperti Putrajaya suatu hari nanti?Aku juga amat meminati bidang arkitek kerana aku suka melukis.Haha..kalau tidak manakan boleh aku dapat A dalam lukisan teknik Kemahiran Hidup?Haha..si dia?semakin hari semakin bertaut hatiku padanya.Dia pun masih malu2 lagi.Haha..Perkara biasa dalam setiap perhubungan.Semoga dia dapat merasai apa yang aku rasa.Itulah sahaja perbincangan kita pada hari ini.Jumpa lagi dalam nukilan seterusnya.Adios!

New Update!

Assalam.Hari ini hidupku berjalan seperti biasa.Dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku menguatkan lagi azam aku untuk berjaya.Hari ini,aku telah ke temuduga kemasukan kolej perubatan KPJ atau dikenali Puteri Nursing College.Aku berjaya mendapatkan tempat untuk aku melanjutkan pelajaran di situ.Insyallah dalam bulan Mei mungkin aku akan memulakan pelajaran aku.Haha,pengalaman ditemuduga sebenar membuatkan aku gelisah tapi terbalik pula jadinya.Habis satu bilik temuduga tersebut bergema dengan gelak ketawa kerana aku.Haha,boleh pula aku berlawak dengan tukang temuduga tu.Haha,Tentang orang baruku itu,dia amat baik dengan aku.Entah macam mana boleh pula sangkut dengan dia.Kuang3!Aku harap dia dapat menerima diriku sepertimana aku menerima dirinya dalam hidupku.Kerja?Esok bangun awal lagi sebab kena panggil untuk menjalankan 'special ops' untuk Smart Kids Education Fair.Kena buat katering pula tapi tidak mengapa sebab duit OT aku masyuk la.Haha,itu sahaja-lah yang aku nak cerita.Sekian,wasalam.

Rutin hidupku..

Macam biasa.Tidak ada apa yang menarik boleh aku katakan.Cuma bangun pagi pergi kerja,balik malam pergi tidur.Itulah harga yang perlu aku bayar demi mendapatkan sedikit wang dan pengalaman dalam hidupku.Ini hanyalah permulaan langkah bagiku untuk terus melangkah kealam pekerjaan dan pancaroba kehidupan.Hahaha..Mungkin sedikit penat untuk aku terus bertahan selama 2-3 bulan lagi tapi,aku tidak kisah kerana ini atas kehendak aku.Kerja aku tidaklah sesukar mana tetapi jadual kerja dia..perghh!..perit.
Kerja kilang pun tak macam tu sekali.Tapi,apa boleh buat.Peluang dah ada,rembat je la!
Itulah saja yang aku boleh cerita setakat ini.Nanti tulis panjang-panjang,dah macam cerita Blogger Boy pula.Semoga apa yang aku harapkan,rancangkan,akan berjalan lancar dan menjadi kenyataan.Amin!

Peristiwa pahit berulang kembali

Hari ini genaplah 6 hari pemergian arwah nenekku.Sehari sahaja lagi seminggu sudah kepulangannya disisi Allah Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.Aku tidak menyangka yang pertemuan kami sesingkat ini.Dari usiaku 5 bulan,dia yang mengasuh aku tatkala ibubapaku keluar mencari sesuap nasi.Dari kecil hingga besar,aku tidak pernah melupai dia kerana dia sahajalah tempat aku meneguk kasih dan rindu selepas kedua ibubapaku.Masih teringat lagi,tatkala dia mengunyah sirih,aku tanpa segan silu akan meminta sedikit serdak buah pinang yang digobek.Itulah kerja aku kalau dia sibuk menyediakan 'juadahnya'.Baru-baru ini,aku telah pulang ke kampung bagi menziarahinya setelah sekian lama tidak bersua.Pada malam kepulanganku,mak aku menyuruh aku mengurut kakinya yang bengkak kerana penyakit Gout.Aku dapat merasakan kakinya keras seperti tanah yang dikepal-kepalkan.Di dalam hatiku kian diterjah pelbagai persoalan.Adakh itu tanda dia akan pergi meninggalkan alam fana?Aku cuba melenyapkan persoalan itu dengan hati yang keliru.Keesokannya,aku akan berangkat pulang seorang diri ke Kuala Lumpur bagi menyambung pekerjaanku.Hari itu juga dia dimasukkan ke hospital setelah pemeriksaan yang menunjukkan keadaan dirinya yang kian kritikal.Namun,mengikut makku,nenekku kian berselera semenjak dua tiga hari setelah dimasukkan ke hospital.Mengikut buku ilmiah yang aku baca,itulah tanda yang akan ditonjolkan oleh simati dalam 7 hari sebelum kematiannya.Aku menjadi resah.3 hari kemudian,dia dibenarkan pulang ke rumah setelah menunjukkan keadaan yang bertambah baik.Tiba-tiba,esoknya dia dikejarkan ke hospital kerana kekurangan gula dalam badannya.Aku mulai risau kerana keadaannya yang koma di wad ICU Hospital Sultan Abdul Halim,Sg.Petani.Aku mengambil kata putus untuk bercuti bagi melawat nenekku bersama ahli keluargaku.Pada 24 Mac yang lalu,aku telah sampai ke kampung dan terus melawatnya.Dia dapat membuka matanya dan aku terlihat satu lagi tanda kematianya iaitu matanya yang tidak lagi berkilauan.Telinga serta hidungnya kian kucup layu.Aku pasrah kerana aku tahu,dia tidak lama di dunia ini.Aku cuba membisikkan kalimah syahadah di telinganya sebagai peringatan baginya.Aku menyiapkan diriku bagi menerima segala takdir Allah S.W.T.Keesokan harinya,pada petang itu,emakku menjaga nenekku yang koma di wad tersebut.Entah kenapa sepupu aku beria-ria hendak melawat neneknya.Kami lantas bergerak sejurus Asar dan didalam pertengahan jalan ke hospital,kami mendapat berita bahawa nenekku telah pergi buat selamanya.Perasaan sayu dan sedih menyelubungi kami tatkala itu.Sejurus sampai,aku bergegas ke wad nenekku dan dari jauh aku dapat melihat sekujur tubuh yang terkiam elok.Aku terasa hiba dan sedih.Aku usap kakinya dan masih terasa panas badannya.Akhirnya firasatku selama ini menjadi nyata.Aku tidak mampu mengalirkan air mata kerana terlampau sedih dengan pemergiannya.Pada petang itu,aku telah mengiringi jenazahnya bersama sepupuku di dalam van jenazah.Aku hanya dapat merasa hiba dan sedih dalam keheningan petang itu.
Pada 26 Mac,tepat jam 10.45 pagi,setelah dimandi dan dikapankan,jenazah insan yang amat aku sayangi telah selamat dikebumikan.Kini,aku hanya dapat menatap gambarnya dan mengimbas kembali kenangan bersamanya.Semoga,Allah mencucuri rahmat atas roh beliau.Al-Fatihah.



Dalam Kenangan
Allahyarhamah Zawiyah Bt.Husin.
1934-2010

Asam garam kehidupan

Sudah lama aku tidak menulis di blogku ini.Akhirnya,kesibukan bekerja tidak dapat menghalang aku dari menulis walaupun hanya seketika cuma.Setelah 2 bulan bekerja,aku terasa agak kepenatan,mungkin dari gaya hidupku yang dah berubah kerana komitmen terhadap kerjaya.Pelbagai kisah dan ragam yang aku lalui sepanjang 2 bulan ini,kisah suka mahupun duka.Kehidupan aku sekarang telah mematangkan pemikiran aku walaupun kadang-kadang aku bertindak macam budak darjah 1.Namun,pengalaman yang aku lalui amat berguna bagi menghadapi kehidupan yang lebih mencabar kelak.Setelah melalui peperiksaan SPM yang lalu,akhirnya keputusan yang aku tunggu-tunggu selama ini telah diumumkan.Aku berjaya mencapai 8 kredit,1 lulus dan 1 gagal.Hampeh!Tetapi,itu tidak mematahkan semangat aku,kerana aku tetap akan berjaya sepertimana orang lain.Dari sini,aku telah merancang haluan hidupku dengan sebaik-baiknya agar aku tidak menyesal di kemudian hari.Insyallah,semoga apa yang aku inginkan akan tercapai dengan keredhaan Allah S.W.T.
Amin.

Harimau Muda ke Slovakia

Setelah ditolak bulat-bulat oleh perstauan gabungan bola sepak negeri,akhirnya pasukan yang telah menyumbang pingat emas negara dalam acara bola sepak pada Sukan SEA yang lalu telah diterima menyertai Liga Slovakia Bawah 21 tahun.Pasukan ini mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sana berikutan perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab bola sepak di Slovakia pada tahun lepas.Pemain pelapis ini mungkin akan menjadi pemangkin kegemilangan bola sepak negara suatu hari nanti.

Pengalaman yang bakal ditimba mereka akan mematangkan diri serta kemahiran yang diperolehi akan memantapkan lagi pasukan ini dalam kancah arena bola sepak dewasa kini.
Ini dapat memastikan pasukan ini tidak ketinggalan dari segi corak permainan dan kemahiran yang dimiliki dapat meningkatkan lagi peluang pasukan ini untuk menyerlah diperingkat antarabangsa.Jika FAM dapat menerapkan peluang bermain di liga-liga bola sepak di luar negara kepada pasukan pelapis dan melatih jurulatih tempatan yang berwibawa kemahiran melatih pasukan tempatan,tidak mustahil Malaysia bakal layak ke Piala Dunia dengan pasukan yang mantap permainannya dan mampu mencabar pasukan pendominasi bola sepak dunia jika kita berfikiran di luar kotak dan jauh kehadapan.

Industri Muzika:Jatuh Bangun Era Muzik Malaysia

Bermula diawal 50-an dengan irama twist,pop dan jazz,kemunculan P.Ramlee,Saloma dan ramai lagi artis waktu itu telah merancakkan inustri muzik tanah air ketika itu.Kemudian,irama pop yeh-yeh menjengah ke arena muzik tanah air dengan kemunculan Jeffry Din,S.jibeng,Ahmad Nawab dan lain-lain memberi nafas baru kepada muzik di tanah air pada era 60-70an.Sweet Charity,yang diasaskan oleh Papa Rock Malaysia,Ramli Sarip,telah membawa genre rock ke Malaysia yang ketika itu hangat diperkatakan di Barat dengan kemunculan Led Zeppelin,ACDC dan Deep Purple.Kemudian,kemuncak muzik Malaysia dikatakan bermula pada 80an dengan genre rock yang masih dibawa oleh Search,anak jati dari Johor ini telah menimbulkan fenomena rock di seluruh Malaysia dan Indonesia pada waktu itu.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,banyak band-band ditubuhkan seperti Wings,B.P.R.,Fabiens dan lain-lain.Ketika itu juga,genre punk rock dan oi! mula bertapak di Malaysia yang dibawa dari Barat oleh Joe Kidd,ahli Mallaria dan Megat ACAB.Sex Pistol dan The Buzzcocks sebagai idola,mereka menjadikan genre-genre sebegini sebagai kepuasan bagi diri mereka yang dahagakan lagu yang rancak dan bertenaga dari memilih lagu yang berentak slow rock yang dipanggil 'jiwang leleh' pada ketika itu.Kemudian,pada 90an,lagu-lagu jiwang leleh mula kedengaran di corong-corng radio ketika itu.Slam,UK's,Data dan AXL antara 'band boy' yang mencuba nasib dalam arena muzik Malaysia dengan bersaing dalam pasaran apabila muzik Indonesia mula memasuki pasaran.Tatkala itu juga,irama dangdut mula memasuki pasaran Malaysia yang bersaing hebat dengan muzik tempatan ketika itu.Dikatakan,pada waktu itu,muzik Malaysia telah dijajah dengan muzik Indonesia.Kemunculan Siti Nurhaliza sedikit sebanyak merancakkan lagi arena muzik pada ketika itu.Pada alaf baru,muzik tanah air semakin gawat dengan corong-corong radio memutarkan muzik-muzik antarabangsa termasuk dari seberang.Muzik Malaysia ketika itu dilihat seperti nyawa-nyawa ikan sebelum akhir dekad yang pertama ini.Kemudian,genre-genre undergroun seperti grunge,hardcore,alternative dan metal mula marancakkan kembali industri muzik Malaysia.Kemunculan pemuzik bebas(independent) menggamit kembali pendengar-pendengar dengan alunan lagu yang rancak hasil karya tempatan yang bersaing hebat dengan muzik-muzik antarabangsa.Oleh itu,sokonglah muzik baru buatan Malaysia!

Kerja Oh Kerja..Di Mana Kau?

Masuk hari ini,dah nak dekat sebulan aku habis SPM.Tapi kerja satu pun tak melekat.
Dah cuba cari,tapi semua yang tak ngam dengan aku.Adess..payah juga nak cari kerja.
Aku sebenarnya dah dapat kerja,tapi dekat kilang mengecat dan memproses panel 'remote control'.Aku ditugaskan untuk menjadi 'checker' di 'printing dept.'.Kerjanya senang tapi menanggung risiko la beb.Tiap-tiap hari 'bermain' dan menghidu wap bahan kimia ni.
Sekali bau macam gam PVC tapi penangan dia.Perghh..Boleh buat orang pengsan.Cerita dia macam ni.Aku kena 'handle' benda ni untuk bersih stensil 'printing'.Macam orang buat logo T-shirt tu.Habis baju aku kena cat.Diorang panggil benda ni 'screen cleaner'.
Lebih kurang macam thinner cuma bau dia macam gam PVC.3 hari saja aku tahan dengan kerja ni dan goodbye my lover.Hahaha..Mengikut hikayat yang disampaikan oleh member aku,Zikri @ Bo-Roy,ada seorang pekerja yang 'menghadap' benda tu selama 10 tahun.Lepas tu disahkan menghidap kanser paru-paru.Tu la sebab aku berhenti dan masih mencari kerja-kerja kosong sampai sekarang.Hahaha..Dari tanggung risiko,lebih baik aku cari kerja lain.Esok,aku ada 'interview' dekat KL.Harap-harap kerja ni melekat la dengan aku supaya aku tak menebalkan muka lagi untuk meminta borang kerja kosong.Sekian.

Kembali ke sekolah!

Hari ini murid-murid di seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan 2010 setelah sekian lama bercuti.Pasti pelbagai reaksi dapat dilihat pada hari pertama persekolahan.Menangis,gembira,takut dan gementar.Kanak-kanak yang melangkah ke alam persekolahan buat pertama kali pasti kekok dengan suasana persekolahan.Semalam,Kedah,Terengganu dan Kelantan telah memulakan sesi persekolahan 2010 dengan jayanya.Pelbagai gelagat anak-anak muda amnya,murid-murid tahun 1 yang masuk ke kelas dengan reaksi yang bermacam-macam.Terasa rindu buat aku meskipun baru hampir sebulan meninggalkan alam persekolahan.Segala kenangan pahit dan manis bermain di minda aku dan rakan-rakan yang pernah aku kenali ketika di bangku sekolah.Terasa masa pantas berlalu sehingga aku terasa baru semalam menjejakkan kaki ke sekolah.Semoga kenangan yang berlalu menjadi pendorong bagiku mencipta kejayaan dimasa akan datang.Dan tidak lupa,"Welcome back to school yeah!!"

2010 datang dan 2009 pergi

Akhirnya 2010 menjelma setelah pelbaga peristiwa yang berlaku pada 2009 yang lalu.
Dengan kemelut ekonomi yang memuncak pada awal 2009,negara kian menguncupkan unjuran ekonominya bagi mengatasi kemelut ini.Namun,Malaysia tidak terjejas dengan pengamalan dasar ekonomi yang terbaik setelah peristiwa ekonomi 1998.Ditambah dengan ancaman H1N1,Malaysia sekali lagi cemas dengan wabak tersebut.Namun dengan langkah-langkah yang diambil,ia tetap meragut 77 nyawa yang menyebabkan Malaysia mengetatkan lagi pintu sempadannya dari dibolosi wabak ini.Ini hanyalah sebahagian cerita 2009 bagi dijadikan panduan dalam meneruskan kehidupan pada tahun 2010.Semoga negara kita dapat meneruskan kecemerlangan dalam ekonomi,sukan dan lain-lain bidang lagi.

Malaysia benam Syria dengan 4-1

Malaysia terus mengekalkan momentum kejayaannya dalam Sukan Sea ke-25 dengan membenam Syria walaupun terdapat jurang perbezaan 'ranking' yang ketara.Namun semangat anak buah K.Rajagobal tidak luntur meskipun diberi tentangan yang sengit oleh Syria.Dihadapan penyokong seramai 3,000, Malaysia menjaringkan gol pada minit ke-31 dan 63 dengan sepakan penalti oleh Safiq Rahim.Ditambah lagi dengan jaringan ketiga oleh Zaquan Adha pada minit ke-77 dan keempat oleh K.Gurusamy pada masa kecederaan.Gol Syria dijaringkan pada minit ke- 68 setelah dihadiahkan penalti kontroversi.Semoga Malaysia dapat meneruskan rentak kemenangan keatas UAE pada 6hb.Januari 2010.