Translate this Blog

Powered By google

.xayenx.

Industri Muzika:Jatuh Bangun Era Muzik Malaysia

Bermula diawal 50-an dengan irama twist,pop dan jazz,kemunculan P.Ramlee,Saloma dan ramai lagi artis waktu itu telah merancakkan inustri muzik tanah air ketika itu.Kemudian,irama pop yeh-yeh menjengah ke arena muzik tanah air dengan kemunculan Jeffry Din,S.jibeng,Ahmad Nawab dan lain-lain memberi nafas baru kepada muzik di tanah air pada era 60-70an.Sweet Charity,yang diasaskan oleh Papa Rock Malaysia,Ramli Sarip,telah membawa genre rock ke Malaysia yang ketika itu hangat diperkatakan di Barat dengan kemunculan Led Zeppelin,ACDC dan Deep Purple.Kemudian,kemuncak muzik Malaysia dikatakan bermula pada 80an dengan genre rock yang masih dibawa oleh Search,anak jati dari Johor ini telah menimbulkan fenomena rock di seluruh Malaysia dan Indonesia pada waktu itu.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,banyak band-band ditubuhkan seperti Wings,B.P.R.,Fabiens dan lain-lain.Ketika itu juga,genre punk rock dan oi! mula bertapak di Malaysia yang dibawa dari Barat oleh Joe Kidd,ahli Mallaria dan Megat ACAB.Sex Pistol dan The Buzzcocks sebagai idola,mereka menjadikan genre-genre sebegini sebagai kepuasan bagi diri mereka yang dahagakan lagu yang rancak dan bertenaga dari memilih lagu yang berentak slow rock yang dipanggil 'jiwang leleh' pada ketika itu.Kemudian,pada 90an,lagu-lagu jiwang leleh mula kedengaran di corong-corng radio ketika itu.Slam,UK's,Data dan AXL antara 'band boy' yang mencuba nasib dalam arena muzik Malaysia dengan bersaing dalam pasaran apabila muzik Indonesia mula memasuki pasaran.Tatkala itu juga,irama dangdut mula memasuki pasaran Malaysia yang bersaing hebat dengan muzik tempatan ketika itu.Dikatakan,pada waktu itu,muzik Malaysia telah dijajah dengan muzik Indonesia.Kemunculan Siti Nurhaliza sedikit sebanyak merancakkan lagi arena muzik pada ketika itu.Pada alaf baru,muzik tanah air semakin gawat dengan corong-corong radio memutarkan muzik-muzik antarabangsa termasuk dari seberang.Muzik Malaysia ketika itu dilihat seperti nyawa-nyawa ikan sebelum akhir dekad yang pertama ini.Kemudian,genre-genre undergroun seperti grunge,hardcore,alternative dan metal mula marancakkan kembali industri muzik Malaysia.Kemunculan pemuzik bebas(independent) menggamit kembali pendengar-pendengar dengan alunan lagu yang rancak hasil karya tempatan yang bersaing hebat dengan muzik-muzik antarabangsa.Oleh itu,sokonglah muzik baru buatan Malaysia!