Translate this Blog

Powered By google

.xayenx.

Industri Muzika:Jatuh Bangun Era Muzik Malaysia

Bermula diawal 50-an dengan irama twist,pop dan jazz,kemunculan P.Ramlee,Saloma dan ramai lagi artis waktu itu telah merancakkan inustri muzik tanah air ketika itu.Kemudian,irama pop yeh-yeh menjengah ke arena muzik tanah air dengan kemunculan Jeffry Din,S.jibeng,Ahmad Nawab dan lain-lain memberi nafas baru kepada muzik di tanah air pada era 60-70an.Sweet Charity,yang diasaskan oleh Papa Rock Malaysia,Ramli Sarip,telah membawa genre rock ke Malaysia yang ketika itu hangat diperkatakan di Barat dengan kemunculan Led Zeppelin,ACDC dan Deep Purple.Kemudian,kemuncak muzik Malaysia dikatakan bermula pada 80an dengan genre rock yang masih dibawa oleh Search,anak jati dari Johor ini telah menimbulkan fenomena rock di seluruh Malaysia dan Indonesia pada waktu itu.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,banyak band-band ditubuhkan seperti Wings,B.P.R.,Fabiens dan lain-lain.Ketika itu juga,genre punk rock dan oi! mula bertapak di Malaysia yang dibawa dari Barat oleh Joe Kidd,ahli Mallaria dan Megat ACAB.Sex Pistol dan The Buzzcocks sebagai idola,mereka menjadikan genre-genre sebegini sebagai kepuasan bagi diri mereka yang dahagakan lagu yang rancak dan bertenaga dari memilih lagu yang berentak slow rock yang dipanggil 'jiwang leleh' pada ketika itu.Kemudian,pada 90an,lagu-lagu jiwang leleh mula kedengaran di corong-corng radio ketika itu.Slam,UK's,Data dan AXL antara 'band boy' yang mencuba nasib dalam arena muzik Malaysia dengan bersaing dalam pasaran apabila muzik Indonesia mula memasuki pasaran.Tatkala itu juga,irama dangdut mula memasuki pasaran Malaysia yang bersaing hebat dengan muzik tempatan ketika itu.Dikatakan,pada waktu itu,muzik Malaysia telah dijajah dengan muzik Indonesia.Kemunculan Siti Nurhaliza sedikit sebanyak merancakkan lagi arena muzik pada ketika itu.Pada alaf baru,muzik tanah air semakin gawat dengan corong-corong radio memutarkan muzik-muzik antarabangsa termasuk dari seberang.Muzik Malaysia ketika itu dilihat seperti nyawa-nyawa ikan sebelum akhir dekad yang pertama ini.Kemudian,genre-genre undergroun seperti grunge,hardcore,alternative dan metal mula marancakkan kembali industri muzik Malaysia.Kemunculan pemuzik bebas(independent) menggamit kembali pendengar-pendengar dengan alunan lagu yang rancak hasil karya tempatan yang bersaing hebat dengan muzik-muzik antarabangsa.Oleh itu,sokonglah muzik baru buatan Malaysia!

Kerja Oh Kerja..Di Mana Kau?

Masuk hari ini,dah nak dekat sebulan aku habis SPM.Tapi kerja satu pun tak melekat.
Dah cuba cari,tapi semua yang tak ngam dengan aku.Adess..payah juga nak cari kerja.
Aku sebenarnya dah dapat kerja,tapi dekat kilang mengecat dan memproses panel 'remote control'.Aku ditugaskan untuk menjadi 'checker' di 'printing dept.'.Kerjanya senang tapi menanggung risiko la beb.Tiap-tiap hari 'bermain' dan menghidu wap bahan kimia ni.
Sekali bau macam gam PVC tapi penangan dia.Perghh..Boleh buat orang pengsan.Cerita dia macam ni.Aku kena 'handle' benda ni untuk bersih stensil 'printing'.Macam orang buat logo T-shirt tu.Habis baju aku kena cat.Diorang panggil benda ni 'screen cleaner'.
Lebih kurang macam thinner cuma bau dia macam gam PVC.3 hari saja aku tahan dengan kerja ni dan goodbye my lover.Hahaha..Mengikut hikayat yang disampaikan oleh member aku,Zikri @ Bo-Roy,ada seorang pekerja yang 'menghadap' benda tu selama 10 tahun.Lepas tu disahkan menghidap kanser paru-paru.Tu la sebab aku berhenti dan masih mencari kerja-kerja kosong sampai sekarang.Hahaha..Dari tanggung risiko,lebih baik aku cari kerja lain.Esok,aku ada 'interview' dekat KL.Harap-harap kerja ni melekat la dengan aku supaya aku tak menebalkan muka lagi untuk meminta borang kerja kosong.Sekian.

Kembali ke sekolah!

Hari ini murid-murid di seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan 2010 setelah sekian lama bercuti.Pasti pelbagai reaksi dapat dilihat pada hari pertama persekolahan.Menangis,gembira,takut dan gementar.Kanak-kanak yang melangkah ke alam persekolahan buat pertama kali pasti kekok dengan suasana persekolahan.Semalam,Kedah,Terengganu dan Kelantan telah memulakan sesi persekolahan 2010 dengan jayanya.Pelbagai gelagat anak-anak muda amnya,murid-murid tahun 1 yang masuk ke kelas dengan reaksi yang bermacam-macam.Terasa rindu buat aku meskipun baru hampir sebulan meninggalkan alam persekolahan.Segala kenangan pahit dan manis bermain di minda aku dan rakan-rakan yang pernah aku kenali ketika di bangku sekolah.Terasa masa pantas berlalu sehingga aku terasa baru semalam menjejakkan kaki ke sekolah.Semoga kenangan yang berlalu menjadi pendorong bagiku mencipta kejayaan dimasa akan datang.Dan tidak lupa,"Welcome back to school yeah!!"

2010 datang dan 2009 pergi

Akhirnya 2010 menjelma setelah pelbaga peristiwa yang berlaku pada 2009 yang lalu.
Dengan kemelut ekonomi yang memuncak pada awal 2009,negara kian menguncupkan unjuran ekonominya bagi mengatasi kemelut ini.Namun,Malaysia tidak terjejas dengan pengamalan dasar ekonomi yang terbaik setelah peristiwa ekonomi 1998.Ditambah dengan ancaman H1N1,Malaysia sekali lagi cemas dengan wabak tersebut.Namun dengan langkah-langkah yang diambil,ia tetap meragut 77 nyawa yang menyebabkan Malaysia mengetatkan lagi pintu sempadannya dari dibolosi wabak ini.Ini hanyalah sebahagian cerita 2009 bagi dijadikan panduan dalam meneruskan kehidupan pada tahun 2010.Semoga negara kita dapat meneruskan kecemerlangan dalam ekonomi,sukan dan lain-lain bidang lagi.

Malaysia benam Syria dengan 4-1

Malaysia terus mengekalkan momentum kejayaannya dalam Sukan Sea ke-25 dengan membenam Syria walaupun terdapat jurang perbezaan 'ranking' yang ketara.Namun semangat anak buah K.Rajagobal tidak luntur meskipun diberi tentangan yang sengit oleh Syria.Dihadapan penyokong seramai 3,000, Malaysia menjaringkan gol pada minit ke-31 dan 63 dengan sepakan penalti oleh Safiq Rahim.Ditambah lagi dengan jaringan ketiga oleh Zaquan Adha pada minit ke-77 dan keempat oleh K.Gurusamy pada masa kecederaan.Gol Syria dijaringkan pada minit ke- 68 setelah dihadiahkan penalti kontroversi.Semoga Malaysia dapat meneruskan rentak kemenangan keatas UAE pada 6hb.Januari 2010.